Cerita Hana, Dan Apa Yang Anda Boleh Tiru
Saya bukan ibu yang sempurna. Tetapi setiap langkah kecil yang saya buat dengan Hana, anda pun boleh buat di rumah anda. Ini bukan tentang bakat. Ini tentang pilihan harian.
Hana mula membaca seawal 2 tahun
Bukan kerana dia genius. Tetapi kerana saya mula dedahkan dia kepada perkataan sejak bayi, melalui flashcard dan bacaan harian yang berterusan.
Mula awal, dengan kaedah yang seronok bukan paksaan. 15 minit sehari yang berterusan mengalahkan 2 jam sekali sebulan.
Membesar tanpa TV, tanpa telefon sendiri sehingga Tingkatan 3
Kami pilih untuk kawal skrin di rumah. Bukan untuk menyeksa, tetapi untuk beri ruang Hana fokus pada buku, perbualan dan minat sebenar.
Anda tak perlu buang TV terus. Mula dengan kawal masa skrin dan ganti dengan satu rutin membaca atau berbual setiap malam.
Pelajar pertama dari sekolahnya yang tembus TKC
Dari sekolah kebangsaan biasa, Hana berjaya ke Tingkatan 1 di Kolej Tunku Kurshiah. Hasil dari asas yang dibina bertahun-tahun, bukan kerja sehari.
Persediaan untuk sekolah berprestij bermula jauh sebelum peperiksaan. Bina asas sejak awal dan anak anda akan lebih bersedia.
Memenangi anugerah inovasi peringkat antarabangsa
Hana tidak berhenti selepas masuk TKC. Dia terus berkembang dan mewakili di peringkat dunia. Asas yang betul membentuk anak yang terus cemerlang.
Bila anak ada asas mindset dan keyakinan yang kukuh, kejayaan tak berhenti pada satu peperiksaan. Ia jadi cara hidup.